basree-rakijan

Monday, October 09, 2006

Macam Mana Berhariraya Tahun Ini?

Macam biasa aku akan berhari raya di Johor Bahru. Dan seperti raya-raya yang lepas, aku akan menginap di hotel. Tahun lalu aku dan keluarga menginap di Grand Blue Wave Hotel. Dan nampaknya tahun ni pun serupa juga.

Sebenarnya aku cuba memberikan kelainan kepada keluarga setiap kali menyambut raya. Namun sejak 15 tahun beraya bersama mereka, aku sudah kehabisan idea! Setiap tahun aku akan beraya di rumah anak-anak saudaraku iaitu anak-anak sebelah kakak yang tinggal di Taman Molek. Hari Raya kedua, aku akan ke Kg Pancha Jaya, Bekok untuk melawat seorang lagi kakak yang tinggal di sana.

Anak lelaki aku, Novel sudah bosan dengan rutin sebegini. Dia sudah beberapa kali mengajak ku supaya terus di Kuala Lumpur saja semasa Hari Raya. Aku tidak bersetuju. Pada aku inilah peluang kami sekeluarga bertemu sanak saudara. Aku faham, mereka yang kami temui setiap Raya ialah, selain sanak saudara, kawan-kawan lamaku semasa di kampung. Mungkin inilah yang menyeronokkan bagiku tetapi bukan anakku.

Selepas melawat ke rumah sanak dan saudara, aku biasanya akan ke rumah kawan di sekitar Johor Bahru. Biasanya perhentian pertama ialah rumah Aman Ali di Kg Melayu Majidee. Kemudian ke rumah Abu Bakar Othman di Taman Majidee. Itulah rutin rayaku setiap tahun di Johor Bahru.

Dalam perjalanan pulang ke KL pula aku akan singgah di Parit Raja Batu, Pahat untuk menziarah Cikgu Basri Palil. Cikgu Basri mengajarku semasa di tingkatan satu (tahun 1975) dan kami tidak pernah putus hubungan sejak itu. Anak-anak ku sudah faham kenapa rumah Cikgu Basri menjadi perhentian 'wajib' keluarga kami.

Mudah-mudahan perancanganku untuk berziarah tahun ini direstui Allah swt dan dapatlah aku berjumpa mereka semua nanti.....

1 Comments:

  • Kadang-kala, perayaan akan bertukar menjadi sesuatu yang membosankan, terutamanya umur kita kian hari kian "up-graded". Adalah baik kawan kita Basree masih terasa berminat untuk memandu bersama keluarganya ke johor untuk bertemu dengan kawan-kawan & saudara-mara. Semangat ini patut dipupuk sebab hubungan dan interaksi antara satu sama lain kian dingin..

    Oh ya, saya amat bersetuju dengan Wilson The Handsome/Lusty tentang Ang Pow..!! Ooi..!! mana Ang Pow Saya...??

    By Blogger LyeSayHean, at 6:34 PM  

Post a Comment

<< Home