basree-rakijan

Monday, October 09, 2006

Tak Senang Nak Jumpa Kawan di KL...

Selepas mendapat pengesahan dari Khairuddin Othman, Mohd Nor Sharif, Mohd Salleh Abdullah dan Khalid Zulkawi, akupun menempah tempat di Restoran Rebung, Bangsar untuk majlis berbuka kami. Dua orang lagi sahabat kami, Melini dan Wan Ahmad Ngah telah menelefon/sms mengatakan mereka tidak dapat hadir.

Namun dua hari sebelum majlis hari Ahad kami (08/10/06) Khairuddin Othman menghantar sms mengatakan beliau tidak dapat hadir. Katanya hari Ahad nanti ialah hari jadi beliau dan dia mahu bersama keluarga. Aku mengambil maklum lalu menghantar sms kepada kawan-kawan lain mengatakan Khairuddin Othman tidak dapat hadir.

Sehari sebelum majlis aku menghantar sms dan menelefon Mohd Nor Sharif untuk mengesahkan kehadiran beliau untuk berapa orang? Namun aku tidak menerima sebarang jawaban. Aku pun mulai bimbang mungkin majlis kami tidak dapat diteruskan kerana kekurangan ahli.

Kira-kira dua jam sebelum waktu berbuka, Mohd Salleh Abdullah menelefon memberitahu anak lelaki beliau terlibat dengan satu kemalangan sewaktu bermain di rumah. Beliau akhirnya juga tidak dapat hadir! Tetapi mahu aku mengatur semula majlis kami di hari lain.

Aku bergegas menelefon Restoran Rebung memberitahu kami terpaksa membatalkan majlis di saat akhir. Melalui sms Khalid Zulkawi juga aku maklumkan yang majlis kami terpaksa dibatalkan hari itu.

Akhirnya aku dan keluarga berbuka di Restoran Seri Ratu di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Semasa makan aku berfikir. Susah juga hendak berjumpa dengan kawan-kawan di Kuala Lumpur ni… Nampaknya kita hanya mampu berhubungan dengan telefon saja. Komunikasi bersemuka sudah semakin kurang diamalkan di zaman moden ini….


1 Comments:

  • Kalau kita fikir balik, berapa kali kita berjumpa dengan kengkawan satu batch dalam setahun, sejak kita melangkah keluar dari kampus. Mungkin sekali setahun untuk berbuka puasa sama-sama pun susah. Mungkin ada yang tak dapat menghadirkan diri.

    Mungkin kalau semua orang ada blog sendiri macam ni, lagi senang kot nak berkomunikasi.......

    By Blogger alan, at 11:58 AM  

Post a Comment

<< Home