basree-rakijan

Friday, December 28, 2007

Selamat Tinggal 2007


Pelbagai kenangan pahit dan manis aku lalui tahun 2007 ini. Kalau mahu diungkapkan kesemuanya memang tidak mungkin tetapi beberapa detik yang tak terlupakan ingin kukongsi bersama.


Kewangan - Ternyata semakin memedihkan kerana kadar kenaikan pelbagai barangan utama di negara ini semakin membebankan. Perkembangan perniagaan syarikatku juga ternyata lembap, oleh itu aku terpaksa mengamalkan perbelanjaan berhemah. Aku menyambut kedatangan tahun baru dengan beberapa perbelanjaan yang benar-benar mencengkam... buku-buku sekolah anak-anak, pakaian sekolah, yuran dll, insurans kereta, cukai jalan...


Peribadi - Mesti aku catatkan di sini bahawa aku berhasil menemukan seorang sahabat lama (tidak berhubungan & terpisah sejak sekolah rendah), Supaat bin Othman. Beliau kini pegawai di Income Tax Department, Kuala Lumpur.


Semoga tahun 2008 nanti lebih membahagiakan. Insya Allah!


0 Comments:

Post a Comment

<< Home