basree-rakijan

Tuesday, February 26, 2008

P. S. I Love You P- 4


Menemui sahabatku Faridah semoga kau di dalam kebahagiaan, selalu...

Buat masa ini aku sedang berperang dengan buku. Final exam tinggal dua minggu saja lagi. Kalau aku lulus nanti, aku akan pulang dengan Masters Degree in Town Planning. Ada kerja kosong tak di MBJB? Kau tolonglah doakan aku lulus dengan cemerlang ya.

Apa khabar Razak Rahman?. Dengarnya kau dan Razak dah berbaik semula. Aku sentiasa mendoakan agar kau dapat teman sejati. Buat diriku, belum ada lagi yang boleh mengisi tempat “J..........”.

Jamil terhenti membaca. Dia mengalih pandangan kepada Faridah. Dalam hatinya berdetik tanda tanya. Siapa ‘J’?. Johari?, Jamal?, Jamil? Tak mungkin...

“Bacalah terus,” Faridah menggalakkan.

Macam mana pekerjaan kau di JB? Mesti seronok kan. Kau masih dapat menikmati keseronokan tinggal di Johor. Aku di sini rindu mee rebus Johor. Di sini, balik-balik sandwic, piza, burger atau spaghetti. Bosan! Nak makan Asian foods mahal!

Tolong sampaikan salam aku pada Jamil. Tahinah di atas kejayaannya mendapat tempat belajar di Universiti Malaya. Memang dia layak mengaji undang-undang di sana. Itu memang bidang yang diidamkannya. Aku tahu dia bekerja keras dalam STPM tahun lepas. Aku tumpang merasa gembira di atas kejayaan Jamil. Biarpun dia tak tahu, aku sentiasa mendoakan kejayaannya.

Sekali lagi bacaan Jamil terganggu. Dia tidak menyangka Rahimah masih mengambil berat tentang dirinya. Sebab, sejak Rahimah melanjutkan pelajaran ke Indiana, Jamil jarang menghubunginya. Mungkin adalah, sekali dua dia menghantar surat dan poskad kepada Rahimah. Itupun masa Rahimah baru mula-mula belajar di Indiana University.

Betulke Jamil dah ada girlfriend sekarang? Surat kau yang terbaru ada memberitakan hal ini, namun masih menanti pengesahan. Aku harap kau dapat mengemaskinikan hal ini dalam suratmu yang akan datang. Bukan apa, aku cuma nak tahu perkembangan terbaru.

Beg tangan “Coach” yang kau pesan tu telahpun aku belikan. Penat jugalah aku meronda downtown hujung minggu lepas. Nasib baik minah Kelantan, Fauziah tu ada sama temankan aku. Kalau tidak letihlah aku nak jalan sorang-sorang. Kau tahulah keadaannya di sini. Tentu kau dah baca kisah lima orang students kena tembak dalam kampus aku. Tu semua kerja orang gila, tertekan dan entah apa-apa lagi!

Kalau tidak ada apa-apa masalah aku akan pulang Julai depan. Aku tak akan tunggu sampai konvokesyen. Tak pa lah, universiti boleh poskan transkrip dan ijazah aku kemudian. Lagipun biasiswa aku tak cukup nak tunggu sampai konvokesyen. Kau tahulah, biasiswa kerajaan Johor, banyak mana?

Aku teramat rindukan Malaysia. Johor maksud aku. Aku akan maklumkan tarikh kepulanganku nanti bila dah dekat, ok?. Sementara itu, biarkan aku fokus pada exam dua minggu lagi. Tolong kirim salam pada semua kawan-kawan di JB. Bye.


Salam sayang, selalu...
Rahimah Nordin.

Jamil meletakkan kembali surat Rahimah di atas meja. Dia mengalih pandang kepada Faridah dan kedua-dua mereka bertentang mata. Faridah tersenyum. Seribu satu macam persoalan dalam fikiran Jamil.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home