basree-rakijan

Wednesday, December 06, 2006

Sibuk! sibuk! sibuk!


Aku terasa sangat bersalah kerana telah lama tidak mengemaskini maklumat di blogku ini. Seorang rakan, Zarul Alam menelefonku minggu lepas untuk bertanya mengapa? Kepada rakan-rakan yang sudi menjengok blogku ini, aku memohon maaf. Memang, tugasan mengemaskini blog ini sesuatu yang mencabar. Bukan calang-calang orang yang komited dengan blog mereka!

Dalam keadaan kesibukan menjalankan kerja seharian, memang agak sukar memenuhi 'kewajipan' ini. Kepada mana-mana pengendali blog aku memang tabik kepada mereka kerana kesungguhan mereka payah untukku contohi.

Sepanjang 28 Nov hingga 4 Dis 2006, aku dikunjungi para tetamu dari China Central Television, CCTV. Kumpulan dari Beijing China tersebut datang ke tanahair untuk memilih beberapa lokasi penggambaran drama mereka. Jadi aku terpaksalah meluangkan banyak masa melayan mereka.

Dalam pada aku melayan tetamu luar negara tersebut, seorang anak saudaraku di Segamat melangsungkan perkahwinan. Aku tidak boleh mengelakkan diri kerana saudara terdekat pun bukannya ramai sangat. Jadi aku ke Segamat 2 Disember 2006 lalu untuk majlis keramaian pernikahan Suhanie binte Salleh. Selamat berbahagia hingga ke anak cucu hendaknya.

Esok kedua-dua orang anakku, Novel dan Debi ada perperiksaan muzik mereka. Aku tidak berkesempatan menemankan mereka. Memadailah dengan isteriku mengambil cuti sehari esok untuk menghantar mereka ke pusat perperiksaan di Ampang.

23 Disember 2006 nanti seorang kawan lama, Abdul Rahman Ali akan mengadakan majlis perkahwinannya di Johor Bahru. Aku di jemput hadir dan akan ke JB lagi. Dalam masa dua bulan ini dah tak kurang empat kali aku ke Johor.

Pelajaran anak-anak sudah seminggu tidak ku jenguk. Hal ini sering bermain di benakku setiap hari. Aku tidak boleh terus-terusan begini. Alasanku ialah kerana mereka sedang bersedia untuk perperiksaan muzik minggu ini. Tak apalah. Minggu depan aku akan mulai lagi...