basree-rakijan

Monday, March 03, 2008

P. S. I Love You… P - 5



Faridah kenal benar Jamil. Macam sebuah buku, Jamil begitu mudah dibaca. Lebih dua puluh tahun mengenali Jamil, Faridah semacam dapat meneka apa yang sedang melanda fikiran Jamil. Kasihan pula dia melihatkan Jamil begitu. Biarlah… bisik hati Faridah.

Surat Rahimah Nordin benar-benar mengejutkan Jamil. Dari awal lagi dia merasakan ada yang tak kena apabila Faridah mengajaknya keluar. Memang dia ingin sekali berjumpa Faridah tetapi dia tidak menjangka akan dikejutkan sebegitu rupa. Apa yang Faridah tahu yang dia tidak tahu? Jamil cuba meneka tetapi tiada satu jawapan pun yang dapat memuaskan hatinya.

“Eh habiskanlah latte tu,” tegur Jamil memecah kesunyian.
“Ke mana kita lepas ni?,” Faridah bertanya manja sambil meneguk latte di cawan.
“Baik you cari Nadia dan Amilah dulu,” Jamil mengarahkan Faridah. Dia meninjau-ninjau mencari kedua-dua anak gadis Faridah itu.

“Mama, I want to buy this book,” kata Amilah sambil memegang tangan ibunya. Buku “The Secret Diary of Adrian Mole – Aged 13 ¾ ” sudah berada di genggamannya.

Jamil tersenyum memandang Amilah. Dia tahu buku tersebut kerana pernah membacanya pada lewat1993. Buku tulisan Sue Townsend tersebut memang best sellers dan pertama kali diterbitkan pada 1982. Malah Jamil sudahpun membaca beberapa siri novel sambungannya, “The Growing Pain of Adrian Mole”, “True Confession of Albert Adrian Mole” dan “Adrian Mole The Cappuccino Years”.

Adrian Mole menjadi terkenal di kalangan pembaca Inggeris lebih 25 tahun dulu. Kini novel tersebut telah menjadi klasik. Cara Sue Townsend mengupas masalah kaum remaja begitu bersahaja dan melucukan. Permasalahan perkahwinan dan keibubapaan digarap begitu berkesan dan tidak menjemukan sekali.

Mereka berempat berjalan menuruni tangga berputar dalam Kinokuniya sebaik sahaja Jamil mengambil semula wang baki bayaran minuman dari pelayan restoran. Di kaunter bayaran Kinokuniya, Jamil menghulurkan wang RM30.00 kepada Amilah untuk buku tersebut.

“Thank you Uncle,” kata Amilah sambil menerima wang dari Jamil.
“You are most welcome!,” balas Jamil tersenyum lebar.
“Kita ke Tower Records lepas ni,” Jamil mengalihkan pandangan kepada Faridah.
“Ok.”

Orang telah mula ramai di KLCC. Nadia dan Amilah berbisik-bisik dan ketawa sambil menuruni tangga bergerak dari aras 3 KLCC. Di belakang mereka Jamil dan Faridah berjalan beriringan selang tiga anak tangga. Fikiran Jamil melayang lagi. Dia teringat masa-masa lalu ketika sering keluar bersama Faridah di Johor Bahru. Kini dia menyusuri semula memori puluhan tahun dulu di daerah yang berlainan. Dalam keadaan yang berlainan pula.

Mereka tiba di aras lower ground KLCC. Di Centre Court penuh dengan para pengunjung. Ada pameran oleh ‘Dior’ jenama pewangi terkenal dari Perancis. Para pelayan sedang sibuk meminta pengunjung mencuba keluaran terbaru mereka. Sambil mengelak dari bertembung dengan para pengunjung lain, mereka berempat terus menuju ke Tower Records yang terletak di belakang tangga bergerak KLCC.

Setibanya mereka di Tower Records Nadia dan Amilah terus ke rak cakera pada kegemaran mereka. Jamilah mencari album terbaru Linkin Park sementara Amilah berpusing-pusing mencari rak Hilary Duff. Mereka berdua ‘hilang’ lagi.

“You ingat lagi album lagu pertama you bagi I,” tanya Faridah sambil membelek-belek cakera padat Shelia Majid.
“Ingat, album the Bread,”
“Lagu apa yang you suruh I dengar?,”
“Goodbye Girl.”
“Kenapa suruh I dengar lagu tu?,”
“Sebab I nak you buka pintu,”
“Hah? Buka pintu?”
“Yalah, I nak you buka pintu hati you untuk I,” Jamil tersenyum.

Jamil dan Faridah beralih dari satu rak ke satu rak yang lain. Entah album lagu siapa yang mereka cari. Tiba-tiba Jamil berhenti di rak koleksi lagu-lagu dari filem. Dari situ Jamil mengangkat sebuah album “The Notebook” lalu diserahkan kepada Faridah. Filem “The Notebook” ialah arahan Nick Cassavetes lakonan Ryann Gosling dan Rachel McAdams. Filem tersebut menjadi kegemaran mereka berdua biarpun mereka hanya menontonnya secara berasingan. Ia adalah sebuah drama romantik menyayat hati namun punya penamat yang manis sekali.

“You ingat lagi filem ni?,” tanya Jamil.
“Behind every great love is a great story,” jawab Faridah memetik kata-kata dari filem “The Notebook”.
“Ada beberapa persamaan cerita tu dengan…,”
“Dengan cerita kita?!” sambut Faridah belum sempat Jamil menghabiskan ayat.
“You ingat dialog masa Allie bertemu Noah selepas lama dipisahkan?” tanya Jamil.
“Mulalah tu....”

Allie: Why didn't you write me? Why? It wasn't over for me, I waited for you for seven years. But now it's too late.
Noah: I wrote you 365 letters. I wrote you everyday for a year.
Allie: You wrote me?
Noah: Yes... it wasn't over, it still isn't over

“Yes…it wasn’t over, it still isn’t over,” Jamil mengulangi kata-kata Noah. Matanya memandang tepat ke wajah Faridah. Faridah bungkam. Tanpa disedari jari-jemari Faridah mula menggenggam erat tangan Jamil. Jamil terdiam. Airmata jernih berkumpul di mata Faridah.

Bersambung...