basree-rakijan

Saturday, October 21, 2006

Fireworks display at Taman Setiawangsa

Ikhlas Khaled Novel, my 14 years old son showing his skill in making firework. In two days Malaysians will celebrate Aidil Fitri. Posted by Picasa

Happy Deepavali

To All my friends who celebrate Deepavali,

Happy Deepavali. May you all have a grand celebration!

Drive safely home.

Monday, October 16, 2006

Selamat Hari Ulangtahun Ke 9 Debi Nina Aiesya!

Semasa aku bersiap dan berangkat ke pejabat pagi tadi anakku masih belum bangun tidur lagi. Aku suka melihat dia tidur lena itu. Berat juga meninggalkannya sebab setiap pagi dia akan menciumku sebelum aku melangkah keluar. Debi Nina Aiesya berumur 9 tahun esok. Malam tadi dia merengek-rengek meminta aku mengadakan jamuan ‘besar’ menyambut ulangtahun kelahirannya. Katanya hendak menjemput kawan-kawan datang ke rumah makan kek hari jadinya.

Apa yang dia tahu? Tentang hidup ini yang penuh dengan pancaroba. Dia tidak perlu tahu masalah politik, ekonomi dan sosial negara. Yang dia mahu tahu aku mengadakan segala-galanya untuk dia. Alangkah baik dan bertuahnya kalau setiap orang ada kesempatan seperti Debi. Akupun inginkan demikian tetapi aku sudah lalui semua itu…

Aku telah berjanji akan menyambut ulangtahun hari lahir anakku itu. Tetapi tidaklah sebesar yang dia mahu cuma pasti meriah! Aku mengingatkan Debi bahawa kita masih berasa di bulan Ramadan. Oleh itu majlis untuk menyambut ulangtahunnya terpaksa diadakan selepas waktu berbuka. Oleh itu, masa yang paling baik sekali ialah dengan berbuka sesama saudara mara rapat sahaja. Debi faham penjelasan aku. Aku telah mengaturkan untuk mengadakan majlis tersebut hujung minggu depan.

Selamat Hari Ulangtahun Ke 9 Debi Nina Aiesya!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Mulai hari ini banyak dah lagu-lagu raya berkumandang di stesen-stesen radio Malaysia. Apa tidaknya, hari Selasa minggu depan umat Islam negara ini dah mula berhari raya.

Bila mengenangkan cara orang Melayu menyambut hari raya, aku mula bimbang. Kalau tak tercedera ketika bermain mercun mereka akan tercedera di jalan-jalanraya di seluruh negara! Masa aku kecil dulu, kamipun kreatif juga semasa bermain mercun tapi tidaklah hingga mengancam keselamatan. Tentang kemalangan jalanraya pula, waktu aku kecil dulu, adalah seorang dua di kampung yang memiliki kereta. Tapi sekarang kereta dah murah! Siapa saja boleh memiliki kereta. Itulah sebab jalanraya sesak semasa pulang ke kampung nanti.

Berhati-hatilah semasa memandu pulang ke kampung nanti. Akupun mengingatkan diriku juga aku nak balik ke JB nanti!!!

Thursday, October 12, 2006

Apa ada pada nama?

Abdul-Jabbar, Kareem, Atlit Amerika – nama asal: Ferdinand Lewis Alcindor, Jr.
Alda, Alan, Pelakon Amerika – nama asal: Alphonso Joseph D'Abruzzo
Ali, Muhammad, Peninju Amerika – nama asal: Cassius Marcellus Clay, Jr.
Allen, Tim, Palakon Amerika – nama asal: Timothy Allen Dick
Allen, Woody, Pelakon/penerbit Amarika – nama asal: Allen Stewart Konigsberg
Cage, Nicholas, Pelakon Amerika – nama asal : Nicholas Coppola
Cain, Dean, Pelakon Amerika – nama asal : Dean George Tanaka
Caine, Michael, Pelakon British – nama asal : Maurice Joseph Micklewhite
Cole, Nat King, Penyanyi Amerika – nama asal : Nathaniel Adams Coles
Copperfield, David, Ahli silap mata Amerika – nama asal : David Kotkin
Dylan, Bob, Ahli muzik/penyanyi Amerika – nama asal : Robert Allen Zimmerman
Electra, Carmen, Pelakon Amerika – nama asal : Tara Leigh Patrick
Foster, Jodie, Pealkon Amerika – nama asal : Alicia Christian Foster
Ford, Glenn, Pelakon Amerika – nama asal : Gwyllyn Samuel Newton Ford
Hudson, Rock, Pelakon Amerika – nama asal : Roy Scherer
Humperdinck, Engelbert, Penyanyi Amerika – nama asal : Arnold George Dorsey
King, Larry, Personaliti TV Amerika – nama asal : Lawrence Harvey Zeiger
Moore, Demi, Pelakon Amerika – nama asal : Demetria Gene Guynes
Ryder, Winona, Palakon Amerika – nama asal : Winona Laura Horowitz
Seymour, Jane, Pelakon Amerika – nama asal : Joyce Penelope Wilhelmina Frankenberg
Turner, Tina, Palakon/Penyanyi Amerika – nama asal : Anna Mae Bullock
Twain, Shania, Penyanyi Kanada – nama asal : Eileen Regina Edwards
Wayne, John, Pelakon Amerika – nama asal : Marion Robert Morrison
Weaver, Sigourney, Pelakon Amerika – nama asal : Susan Alexandra Weaver

Basree Rakijan, Rakyat Malaysia – nama asal : Ngadimin bin Rakijan

Monday, October 09, 2006

Tak Senang Nak Jumpa Kawan di KL...

Selepas mendapat pengesahan dari Khairuddin Othman, Mohd Nor Sharif, Mohd Salleh Abdullah dan Khalid Zulkawi, akupun menempah tempat di Restoran Rebung, Bangsar untuk majlis berbuka kami. Dua orang lagi sahabat kami, Melini dan Wan Ahmad Ngah telah menelefon/sms mengatakan mereka tidak dapat hadir.

Namun dua hari sebelum majlis hari Ahad kami (08/10/06) Khairuddin Othman menghantar sms mengatakan beliau tidak dapat hadir. Katanya hari Ahad nanti ialah hari jadi beliau dan dia mahu bersama keluarga. Aku mengambil maklum lalu menghantar sms kepada kawan-kawan lain mengatakan Khairuddin Othman tidak dapat hadir.

Sehari sebelum majlis aku menghantar sms dan menelefon Mohd Nor Sharif untuk mengesahkan kehadiran beliau untuk berapa orang? Namun aku tidak menerima sebarang jawaban. Aku pun mulai bimbang mungkin majlis kami tidak dapat diteruskan kerana kekurangan ahli.

Kira-kira dua jam sebelum waktu berbuka, Mohd Salleh Abdullah menelefon memberitahu anak lelaki beliau terlibat dengan satu kemalangan sewaktu bermain di rumah. Beliau akhirnya juga tidak dapat hadir! Tetapi mahu aku mengatur semula majlis kami di hari lain.

Aku bergegas menelefon Restoran Rebung memberitahu kami terpaksa membatalkan majlis di saat akhir. Melalui sms Khalid Zulkawi juga aku maklumkan yang majlis kami terpaksa dibatalkan hari itu.

Akhirnya aku dan keluarga berbuka di Restoran Seri Ratu di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Semasa makan aku berfikir. Susah juga hendak berjumpa dengan kawan-kawan di Kuala Lumpur ni… Nampaknya kita hanya mampu berhubungan dengan telefon saja. Komunikasi bersemuka sudah semakin kurang diamalkan di zaman moden ini….


Macam Mana Berhariraya Tahun Ini?

Macam biasa aku akan berhari raya di Johor Bahru. Dan seperti raya-raya yang lepas, aku akan menginap di hotel. Tahun lalu aku dan keluarga menginap di Grand Blue Wave Hotel. Dan nampaknya tahun ni pun serupa juga.

Sebenarnya aku cuba memberikan kelainan kepada keluarga setiap kali menyambut raya. Namun sejak 15 tahun beraya bersama mereka, aku sudah kehabisan idea! Setiap tahun aku akan beraya di rumah anak-anak saudaraku iaitu anak-anak sebelah kakak yang tinggal di Taman Molek. Hari Raya kedua, aku akan ke Kg Pancha Jaya, Bekok untuk melawat seorang lagi kakak yang tinggal di sana.

Anak lelaki aku, Novel sudah bosan dengan rutin sebegini. Dia sudah beberapa kali mengajak ku supaya terus di Kuala Lumpur saja semasa Hari Raya. Aku tidak bersetuju. Pada aku inilah peluang kami sekeluarga bertemu sanak saudara. Aku faham, mereka yang kami temui setiap Raya ialah, selain sanak saudara, kawan-kawan lamaku semasa di kampung. Mungkin inilah yang menyeronokkan bagiku tetapi bukan anakku.

Selepas melawat ke rumah sanak dan saudara, aku biasanya akan ke rumah kawan di sekitar Johor Bahru. Biasanya perhentian pertama ialah rumah Aman Ali di Kg Melayu Majidee. Kemudian ke rumah Abu Bakar Othman di Taman Majidee. Itulah rutin rayaku setiap tahun di Johor Bahru.

Dalam perjalanan pulang ke KL pula aku akan singgah di Parit Raja Batu, Pahat untuk menziarah Cikgu Basri Palil. Cikgu Basri mengajarku semasa di tingkatan satu (tahun 1975) dan kami tidak pernah putus hubungan sejak itu. Anak-anak ku sudah faham kenapa rumah Cikgu Basri menjadi perhentian 'wajib' keluarga kami.

Mudah-mudahan perancanganku untuk berziarah tahun ini direstui Allah swt dan dapatlah aku berjumpa mereka semua nanti.....