basree-rakijan

Thursday, June 28, 2007

Percutian Keluarga di Singapura

Mama, Debi dan Novel di Zoo Singapura, Mandai

Debi dengan dua pekerja di Zoo Singapura, Mandai

Aku dan keluarga di Stesyen Kereta Kabel, Mount Faber

Debi dan Mama di atas kereta kabel, Mount Faber

Aku dan keluarga bercuti ke Singapura pada 2 Jun 2007. Pada hari yang sama aku sebenarnya menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke 16. Wow! Lama juga kami dah bersama..

Macam biasa bila kami sekeluarga ke Singapura kami singgah di Restoran Zam Zam Arab Street untuk makan tengahari nasi beriani dan murtabak Singapura! Memang tak menjemukan. Lepas makan kami bergerak ke Pulau Sentosa dan sempat menaiki kereta kabel ulang alik dari Mount Faber-Sentosa-Mount Faber.

Percutian ke Singapura kali ini agak berlainan sebab aku memberitahu keluarga hendak mencari saudara lama yang sudah berkurun tak aku kunjungi di Singapura. Selepas beberapa panggilan telefon untuk mendapatkan arah, aku akhirnya bertemu saudara lama di Woodlands, Singapura.

Mak Andak, Pak Andak dan Asiah (anak Pak/Mak Andak) tinggal tidak berjauhan. Jadi kami sekeluarga dapat berjumpa kesemua mereka hari itu. Asiah ialah kawan baik aku semasa tinggal di Kranji, Singapura dulu. Masa itu sekitar tahun 1970an. Aku selalu bermain rakit ketika air pasang di Kg Kranji. Sekarang, menurut Mak Andak, kampung tu dah tak ada apa-apa. Kosong. Para penduduk semua sudah pindah di merata kawasan di Singapura. Macam biasalah, tinggal di rumah-rumah pangsa! Malangnya masa berjumpa saudara lama itu, kami terlupa bawa kamera!

Lepas makan lunch di Woodlands kami sekeluarga bertolak ke Orchard Road. Shopping time!








Labels: